Tuesday, December 09, 2025

Kerajaan PH Tetap Stabil Walaupun 9 Ahli Parlimen PKR Umum Keluar Parti

July 14, 2025
1 min read

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap stabil walaupun sembilan Ahli Parlimen PKR mengumumkan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) perlu memenangi kerusi Parlimen melebihi dua pertiga atau sekurang-kurangnya 112 kerusi.

Katanya, kerajaan PH diterajui Anwar yang juga Menteri Kewangan kini mempunyai 153 kerusi Parlimen.

“Jika sembilan atau 11 Ahli Parlimen PKR mengumumkan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, kerajaan PH tetap utuh dan jawatan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak terjejas.

“Tetapi kita yakin Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad serta sembilan Ahli Parlimen PKR tidak akan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas,” katanya ketika ditemui pada program Santai Komuniti Madani, di Kampung Batu Rakit, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian Setiu, Bazlan Abdul Rahman.

Desakan Siasatan Tatatertib

Ahmad berkata demikian ketika mengulas desakan 11 Ketua Cabang PKR Kedah dan 19 Ketua Cabang Johor yang menggesa siasatan tatatertib dan penggantungan serta-merta keahlian sembilan Ahli Parlimen parti itu susulan mengadakan sidang media bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pelantikan badan kehakiman.

Yakin Tidak Lompat Parti

Ahmad berkata, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) berjiwa besar dan mengutamakan kestabilan negara.

Katanya, kedua-dua Ahli Parlimen itu tidak akan keluar parti kerana mereka sayangkan kestabilan serta tidak mahu negara kerugian berikutan keadaan politik tidak stabil. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini