KUALA LUMPUR – Shila Amzah akhirnya mendedahkan identiti penyanyi legenda yang didakwa ‘menyerangnya’ semasa sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y dan ia adalah bapa kepada pelakon Nabila Huda.
Kenapa penting
Pendedahan itu sekaligus menamatkan spekulasi netizen yang sebelum ini menuduh nama-nama besar seperti Ella dan Datuk Awie.
“Apa yang pasti bukan Kak Ella, bukan Datuk Awie. Siapa yang cakap Datuk Awie, tolong berhenti. Tapi bapa kepada Nabila Huda. Saya sahkan,” kata Shila.
Latar belakang
Shila dikatakan ‘diserang’ secara bersemuka susulan ciapan di platform X, di mana dia menyatakan sokongan kepada Nabila yang meluahkan isu hubungan dengan ibu tiri.
Shila jelaskan
Menurut penyanyi lagu Jauh Hati itu, dia hanya memberikan sokongan sebagai rakan seindustri yang turut melalui pengalaman keluarga yang hampir serupa.
“Masalah keluarga saya sangat-sangat umum. Saya cuma menyokong kenyataan Abil, bukan kacau urusan sesiapa.”
“Saya tak sebut nama sesiapa. Kenyataan saya lebih merujuk kepada mak tiri saya sendiri.”
Tindakan
Shila sudah membuat laporan polis dan siasatan sedang berjalan. Polis mengesahkan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Shila yang dikaitkan dengan urusan keluarga.
Zoom out
Kes ini menunjukkan betapa cepatnya ciapan di media sosial boleh mencetuskan konflik walaupun ia hanya berbentuk sokongan peribadi. – The Malaysian Update
