Wednesday, December 10, 2025

Amir Raja Lawak Tuntut RM18,000 Bagi Biaya Rawatan Kanser Usus Ayah

July 15, 2025
1 min read

Pelawak Amir Raja Lawak sekali lagi menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM18,000 daripada sebuah stesen televisyen, bagi membiayai kos rawatan ayahnya yang menghidap kanser usus.

“Saya tak minta sedekah, saya tuntut hak saya”

Amir berkata dia terpaksa mengulang tuntutan itu berkali-kali, namun pihak produksi masih tidak memberi maklum balas positif.

“Saya tak minta duit kamu, saya tak pinjam. Yang saya minta adalah hak saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Amir, dia memaklumkan keadaan ayahnya sejak awal ayahnya dimasukkan ke hospital.

Tawaran ansuran ditolak

Minggu lalu, pihak produksi didakwa menawarkan bayaran pendahuluan RM3,000, namun ditolak Amir.

“Kenapa saya tak nak? Sebab sebelum ni mereka pernah bagi RM5,000, tapi lepas tu senyap setahun lebih. Jadi saya nak bayaran penuh RM18,000 sekarang,” katanya.

Jumlah keseluruhan bayaran sepatutnya ialah RM23,000, tetapi Amir hanya menerima RM5,000 setakat ini.

Terpaksa jual kereta

Akibat desakan kewangan, Amir turut memaklumkan beliau telah menjual kereta kesayangannya, Proton Juara, pada Sabtu lalu.

Beliau menegaskan tidak meminta sumbangan, hanya mahu haknya diselesaikan tanpa diskaun atau bayaran ansur-ansur.

Doa buat ayah

Di akhir hantarannya, Amir turut mendoakan agar ayahnya diberi kesembuhan dan mengharapkan pihak terlibat segera menyelesaikan bayaran tertunggak demi kelangsungan rawatan. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh