Thursday, September 11, 2025

Mahathir: “Saya Sayang Malaysia Sampai Mati”

July 15, 2025
1 min read

Kuala Lumpur — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau kekal mengambil berat soal negara kerana cintanya terhadap Malaysia tidak pernah luntur malah sampai ke hujung nyawa.

Apa beliau kata

“Kenapa pula saya tak patut ambil peduli? Saya orang Malaysia. Saya orang Melayu. Ini negara saya. Saya lahir di sini. Saya membesar di sini. Dan saya banyak dapat manfaat daripada negara ni.”

Konteks

Mahathir memberi reaksi terhadap pihak yang mempersoalkan kenapa beliau masih aktif menyuarakan pandangan meskipun sudah bersara daripada politik utama.

“Maksud mereka, kenapa saya tak bersara sahaja. Saya ni dah tua. Biar orang muda ambil alih.”

Sayang sampai akhir

“Tentulah saya ini tak bersyukur kalau saya tak ambil kisah langsung pasal negara yang dah bagi saya kehidupan yang selamat dan terjamin.”

“Negara ini hebat. Iklimnya amat baik. Tanahnya subur. Kaya dengan bermacam hasil galian.”

“Ia boleh beri lebih lagi. Kalau kita tahu macam mana nak buat.”

Tambahnya, Malaysia satu-satunya tanah air yang beliau ada dan ramai manusia di dunia ini tidak punyai tempat yang boleh mereka panggil ‘negara sendiri’. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes