Monday, December 08, 2025

Pengasas eHATI, Suami, Anak dan Peserta Antara 6 Direman

July 16, 2025
1 min read
Pengasas eHATI (kanan, bertudung) antara enam individu yang dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman. FOTO: FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Pengasas program motivasi eHATI bersama suami dan anak perempuannya direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi yang disyaki bersifat songsang dan menyimpang.

Turut direman dalam tempoh sama ialah tiga individu lain, melibatkan dua peserta program dan suami kepada salah seorang peserta.

Perintah reman terhadap kesemua enam suspek, empat wanita dan dua lelaki berusia antara 26 hingga 47 tahun dikeluarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis.

Peguam Datuk M. Reza Hassan yang mewakili empat suspek, termasuk pengasas eHATI, ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah memfailkan permohonan untuk mengkaji semula keputusan reman tersebut.

“Salah seorang anak guam saya sedang sakit dan telah mengemukakan laporan perubatan hospital. Malah, beliau sepatutnya menjalani rawatan di hospital kerajaan hari ini. Namun, permohonan itu tidak diterima oleh pihak majistret. Kami tetap menghormati keputusan mahkamah,” katanya.

Tambah beliau, tiga anak guamnya, iaitu pengasas eHATI, suami dan anak mereka, ditahan selepas tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Yusuf Azmi Tewas TKO, Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung di Malaysia

KUALA LUMPUR – Aksi kemuncak Warzone World Championship (WWC) di N9 Arena,

Dua Kanak-Kanak Hilang di Pasir Pandak Ditemui Selamat Pagi Ini

KUCHING, 7 Dis — Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan