Friday, December 12, 2025

Kes Gaduh ‘Security vs Jurulatih MMA’ Selesai Damai, Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

July 17, 2025
1 min read

Tular di media sosial insiden seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan ‘knock out’ (KO) selepas mencabar seorang lelaki lain bergaduh.

Apa yang berlaku

  • Video dimuat naik oleh laman Facebook Borneo memaparkan lelaki berbaju hitam, dipercayai pengawal keselamatan tanpa uniform, bertindak agresif dan mengajak bergaduh.
  •  Lelaki berbaju biru yang diprovokasi itu pada mulanya cuba mengawal diri dan tidak memberikan sebarang reaksi terhadap cabaran tersebut.

Namun

  • situasi bertukar panas apabila lelaki berbaju hitam mula menunjukkan isyarat lucah dan menolak muka lelaki itu.
  • Lelaki berbaju biru akhirnya melepaskan satu tumbukan tepat ke wajah pengawal berkenaan yang menyebabkan dia tumbang serta-merta, sebelum kepalanya terhantuk pada tiang besi.

Siapa sebenarnya lelaki itu?

  • Rupa-rupanya lelaki berbaju biru itu merupaka  seorang atlet dan jurulatih Mixed Martial Arts (MMA).
  • Malah, lelaki itu turut dikenali sebagai guru matematik di sebuah sekolah.

Sementara itu memetik Kosmo! Polis mengesahkan insiden pergaduhan antara dua lelaki yang tular baru-baru ini telah diselesaikan secara baik.

Laporan polis

  • Kedua-dua individu terlibat tampil membuat laporan pada 10 Julai lalu.
  •  Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata kes berkenaan telah selesai selepas kedua-dua pihak mencapai perdamaian.

Kenyataannya

“Kes telah selesai dan kedua-dua pihak telah berdamai secara baik,” katanya dalam kenyataan hari ini. – The Malaysian Update