KOTA BHARU — Reman terhadap pasangan suami isteri yang ditahan bersama ganja seberat 90kg bernilai RM3.1 juta disambung sehingga Isnin ini bagi melengkapkan siasatan sebelum pendakwaan dijangka dibuat 21 Julai.
Butiran Utama
Ditahan jumaat lalu di Kuala Krai pada pukul 4 pagi, susulan rondaan MPV yang mengesan Proton X70 mencurigakan.
Rampasan
- Dalam kenderaan, 60.8kg bunga ganja, 6.95kg ganja mampat, 150 biji pil yaba (15g) bernilai RM2.37 juta.
- Rumah di Selising, Pasir Puteh: 22kg ganja bernilai RM775,000.
Jumlah keseluruhan rampasan adalah RM3.1 juta termasuk wang tunai, barang kemas dan rantai leher.
Fakta Penting
- Suspek Lelaki berusia 49, pemandu e-hailing dan isteri berusia 31, peniaga ayam proses.
- Ujian air kencing Lelaki positif syabu, manakala isteri negatif.
- Aktif kebih setahun dan berselindung di sebalik perniagaan sah.
- Kedua-duanya mempunyai rekod lampau.
- Siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Apa Kata Polis
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pasangan ini ada kaitan dengan mana-mana sindiket dadah lain.” kata Datuk Mohd Yusoff Mamat, Ketua Polis Kelantan. – The Malaysian Update
