Sebuah video tular memaparkan kedai makan bertemakan “Tomyam Malaysia” yang beroperasi di India, lengkap dengan menu bercita rasa Malaysia dan Thailand.
Siapa di sebalik kedai itu
Kedai berkenaan dipercayai diusahakan oleh individu dikenali sebagai Kani Boy, yang menjadikan tomyam sebagai tarikan utama di premis tersebut.
Menu yang ditawarkan
Antara hidangan yang dijual termasuk
- Tomyam
- Sambal udang
- Sate sambal sotong
- Apam balik
- Rojak
- Nasi lemak
Respons orang ramai
Rata-rata netizen di TikTok melahirkan rasa bangga dan kagum kerana makanan Malaysia kini mendapat tempat di luar negara, khususnya di India.
“Dia sorang ja berani claim yang tomyam tu asal Malaysia. Keep it up Kani Boy.” ulas seorang Pengguna TikTok.
“Kemahiran yang menguntungkan, buka bisnes makanan yang tiada di India.” Kata Pengguna TikTok lain pula.
Kenapa ini penting
Fenomena ini membuktikan bahawa makanan Malaysia bukan sahaja digemari di dalam negara, tetapi juga berpotensi dikomersialkan ke pasaran antarabangsa jika kena dengan caranya. – The Malaysian Update
@malaysianupdatenews Tak kisahlah tomyam dari mana, janji bila sampai sana, orang tahu Malaysia pun hebat! #malaysianupdate #malaysianupdatenews #themalaysianupdate #viral #fyp ♬ original sound – Malaysian Update
