Sunday, October 26, 2025

Isnin Atau Selasa Ini, Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa – PM Anwar Beri Bayangan

July 19, 2025
1 min read

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumumkan minggu depan.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan sedang memperhalusi cadangan yang boleh diumumkan segera bagi meringankan beban rakyat di samping menangani isu-isu semasa.

“Tiap-tiap minggu pasukan Kementerian Kewangan meneliti langkah yang boleh diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa singkat dan boleh bantu tangani masalah rakyat.

“Kalau tidak Isnin, Selasa… bagi masa dua, tiga hari lagi untuk diperkemas. Nanti saya umumlah. Doakan yang elok-elok, insya-Allah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan sedang mencari pendekatan terbaik untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup dengan keupayaan fiskal negara memandangkan perbelanjaan sedia ada bagi bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kenaikan gaji penjawat awam mencecah berbilion ringgit.

Pada 14 Julai lepas, Perdana Menteri telah memberi bayangan berkaitan perkara berkenaan dalam hantaran menerusi laman Facebooknya dengan memuat naik poster “AKAN DATANG” bersama mesej: “Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku”.

Hantaran itu mencuri perhatian warganet yang kebanyakannya teruja menantikan pengumuman yang dijangka memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

Sumber : BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas