Wednesday, December 10, 2025

Remaja Dicekup Menyamar Polis, Tahan Gadis Tengah Malam

July 19, 2025
1 min read

JASIN – Seorang remaja lelaki ditahan selepas didakwa menyamar sebagai anggota polis dan cuba menakut-nakutkan seorang gadis di persimpangan lampu isyarat Taman Debunga, Merlimau.

Apa berlaku

Kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi Rabu lalu apabila mangsa, seorang gadis berusia 19 tahun, didatangi suspek menaiki motosikal Yamaha Y15.

Memetik laporan Buletin Tv3, suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan meminta lesen mangsa serta cuba mengambil kunci motosikal.

Mangsa enggan menurut arahan dan mencabar suspek untuk berurusan di Balai Polis Merlimau, menyebabkan lelaki itu terus melarikan diri.

Tangkapan

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, suspek berusia 18 tahun berjaya ditahan kira-kira jam 9 malam di sebuah pasar raya di Kawasan Perindustrian Telok Mas.

Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menyamar sebagai polis dalam dua kejadian berasingan di sekitar Merlimau.

Barang dirampas

Sebuah motosikal dan beberapa barangan lain milik suspek turut dirampas polis.

Siasatan

Remaja itu kini direman tiga hari sehingga 21 Julai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh