PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen hari ini bakal menentukan sama ada ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan akan dipanggil membela diri atau dilepas atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu.
Perincian
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, masing-masing berusia 30 tahun, tiba di mahkamah kira-kira jam 8 pagi menaiki Perodua Axia yang dipandu sendiri.
Hakim Dr. Syahliza Warnoh akan memberikan keputusan pada jam 9 pagi ini.
Sepanjang prosiding, seramai 28 saksi telah dipanggil memberi keterangan dalam tempoh 20 hari perbicaraan.
Kenapa penting
Pasangan ini didakwa mengabaikan Zayn Rayyan Abdul Matin, seorang kanak-kanak autistik, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, kes yang mengundang perhatian meluas rakyat Malaysia. – The Malaysian Update
