Kuala Lumpur – Pelakon senior, Zarina Zainuddin, tampil tenang walaupun dikecam selepas video dirinya mengalunkan Selawat Tafrijiyyah tular di media sosial.
Apa berlaku
Zarina, 54, mengakui dia bukan penyanyi dan tidak memiliki suara merdu, namun tetap memuat naik rakaman tersebut dengan niat untuk menyebarkan kebaikan.
“Saya bukan penyanyi dan tiada niat buat album. Semoga sama-sama dapat pahala walaupun suara saya sumbang,” katanya di TikTok.
Reaksi netizen
Video tersebut mengundang pelbagai komen, walaupun ada yang memuji usaha beliau, tak kurang juga yang mengkritik nyanyiannya sebagai sumbang dan tiada bakat.
Zarina tak melatah
Sebaliknya, beliau bersyukur kerana masih ada yang terinspirasi untuk berselawat bersamanya.
“Saya baca saja komen. Betullah mereka ketawakan saya, tapi ada juga yang kata dapat pahala sebab berselawat,” katanya kepada mStar.
Langkah seterusnya
Zarina berkata dia terbuka untuk menyertai kelas vokal jika ada masa, selepas menerima banyak saranan.
Rakaman belum siap
Menurut Zarina, rakaman itu dibuat di Brunei bersama guru mengajinya, namun belum melalui proses suntingan sepenuhnya sebelum dikongsikan.
“Silap saya sebab kongsi terlalu awal.”
Realitinya
Walaupun dikecam, usaha Zarina mengajak orang ramai berselawat tetap dipandang positif oleh ramai pihak. – The Malaysian Update
Sumber : TikTok Zarina Zainuddin & m
