Setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara ‘one-off’ melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bermula 31 Ogos 2025.
Sorotan utama
Pengumuman dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siaran langsung Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia.
Bantuan boleh digunakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember untuk pembelian barangan asas.
Program ini dijangka memberi manfaat kepada 22 juta rakyat dengan peruntukan RM2 bilion.
Tumpuan terperinci
“Ia bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara”
“Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400” kata Perdana Menteri semasa pengumuman tersebut yang disiarkan secara langsung hari ini.
Penebusan bantuan hanya perlu menggunakan MyKad, tiada permohonan diperlukan.
Gambaran keseluruhan
Langkah ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA bagi tahun 2025 meningkat kepada RM15 bilion iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah pemberian tunai langsung kepada rakyat dewasa. – The Malaysian Update
