Sepang – Seramai 198 warga asing ditahan dan dihalang memasuki negara ini hasil operasi pemantauan dan saringan ketat Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, hari ini.
Kenapa penting
Tindakan ini berjaya menggagalkan cubaan kemasukan warga asing yang disyaki mempunyai niat mencurigakan, termasuk yang mungkin didalangi sindiket ‘setting counter’.
Butiran tangkapan
KLIA Terminal 1: 128 warga asing
- 123 warga Bangladesh (120 lelaki, 3 wanita)
- 2 warga Pakistan
- 1 warga Syria
- 2 warga Indonesia
“Mereka terdiri daripada 123 warga Bangladesh (120 lelaki, 3 wanita), dua warga Pakistan, seorang warga Syria serta dua dari Indonesia.
Saringan menunjukkan mereka tidak mempunyai wang mencukupi, tiada tempahan hotel, dan tiada hala tuju jelas, sekali gus menimbulkan syak bahawa mereka cuba memasuki negara ini atas tujuan meragukan,” katanya pada sidang media di sini.
KLIA Terminal 2: 70 warga asing
- 51 warga Indonesia
- 13 warga India
- 4 warga Pakistan
- 2 warga Vietnam
“Semua yang ditahan itu tiba menerusi penerbangan dari Vietnam, Bangladesh dan Pakistan.”
Dikesan lebih awal
“Semua 198 individu ini ditahan sebelum mereka sempat ke kaunter imigresen.
Mereka dikenal pasti lebih awal oleh pasukan pemantau khas yang kita bentuk hampir sebulan lalu, bagi menghalang cubaan menyeludup masuk warga asing secara terancang, termasuk oleh sindiket ‘counter setting’,” katanya.
Sindiket guna gambar pegawai AKPS
“Kita mengesan taktik sindiket yang memberi gambar pegawai AKPS kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengelak daripada disoal siasat atau dikesan ketika di lapangan terbang.”
Pendedahan itu dibuat selepas pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik beberapa penumpang yang ditahan.
Amaran tegas
“Usaha ini akan diteruskan bagi menghantar mesej tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menyeludup masuk individu ke Malaysia,” katanya. – The Malaysian Update
Sumber : Harian Metro
