Friday, December 05, 2025

Lelaki Buruan Kes Tembak Wanita Hamil Dicekup Selepas Tiga Tahun

July 25, 2025
1 min read

Pasir Mas – Selepas tiga tahun hidup dalam pelarian, seorang lelaki dikenali sebagai Aimay akhirnya berjaya diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Bukit Lata, semalam.

Apa yang berlaku

Suspek, Zulhakimy Aiman Suhairuddin, 24, atau lebih dikenali sebagai Aimay, ditahan pada jam 7 malam dalam serbuan PGA.

Tidak mengaku

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata

“Suspek tidak mengaku melepaskan tembakan ke atas wanita berkenaan dan juga tidak mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.”

Siasatan lanjut akan dijalankan selepas tempoh reman diperolehi.

Turut ditahan

Seorang lagi lelaki berusia 24 tahun turut ditahan dalam serbuan sama.

Pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek tidak menjumpai barang yang menyalahi peraturan

Ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine

Suspek yang ditahan bersama Aimay mempunyai rekod lampau berkaitan dadah

Kes lama

Terdahulu Sinar Harian melaporkan pada 9 Jun 2022, Zulhakimy merupakan individu yang dicari sebagai saksi siasatan kes pembunuhan seorang wanita hamil.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang sedang hamil tujuh bulan, maut ditembak di bahagian perut ketika berada dalam keretanya di Kampung Teresek, Repek. Beliau ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan