Friday, December 05, 2025

Pempengaruh Automotif Dipenjara Sebulan, Denda RM1,500 Kerana Laporan Palsu

July 25, 2025
1 min read

MUAR – Seorang pempengaruh permotoran dan adiknya dihukum penjara sebulan serta denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat laporan palsu mengenai kehilangannya di Sungai Tui, Bukit Kepong, pada 14 Julai lalu.

Apa berlaku

Majistret Suzana Mokhtar menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hukuman

Jika gagal membayar denda, Tengku Nizaruddin boleh dipenjara tiga bulan. Tengku Abdul Aziz pula boleh dipenjara enam bulan.

Hukuman penjara bermula serta-merta dari tarikh sabitan hari ini.

Pertuduhan

Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu membuat laporan palsu.

Seksyen 109 Kanun Keseksaan iaitu bersubahat membuat laporan palsu.

– The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan