Wednesday, December 10, 2025

Thailand, Kemboja Setuju Undur Tentera Lepas Campur Tangan Malaysia

July 25, 2025
1 min read
Foto Bernama

JITRA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju mengundurkan tentera masing-masing dari kawasan sempadan yang sebelum ini menyaksikan pertempuran.

Peranan Malaysia

Anwar berkata beliau telah berhubung melalui telefon dengan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet untuk mencari jalan penyelesaian secara rundingan.

“Semalam, saya dapat bicara bersama pemangku Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Kemboja (mengenai konflik antara negara) kerana kedudukan Malaysia dan hormat mereka kepada kita,” katanya.

“Saya beri pandangan dan kata ‘Please Mister Prime Minister, on behalf your friend in Malaysia, please stop and immediate cease fire’,” katanya lagi.

Permintaan Malaysia

“Antara permintaan Malaysia adalah kedua-dua pasukan tentera negara melakukan gencatan senjata dan segera berundur daripada sempadan bagi mengelak ketegangan lebih serius.”

Reaksi Thailand dan Kemboja

“Mereka setuju tapi ada meminta masa sebab dia kata tentera sudah ada di sempadan, maka mereka harus ada waktu sedikit untuk menggerakkan tentera keluar,” ujar Anwar.

“(Keputusan) ini saya syukur kerana apabila saya bicara bersama mereka, keduanya sambut baik dengan hormat. Sebab apa? Sebab Malaysia negara aman dan stabil.”

Latar Konflik

Terdahulu, tentera Thailand mendakwa sembilan orang awam terbunuh dan 14 lagi cedera dalam serangan artileri yang dikatakan dilakukan tentera Kemboja pagi tadi.

Bagaimanapun, Kemboja menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa pasukan mereka hanya bertindak balas selepas diserang terlebih dahulu oleh Thailand.

Insiden tercetus selepas Thailand mengerahkan jet pejuang F-16 menyerang sasaran ketenteraan di wilayah Kemboja, menjadikan konflik sempadan yang berlarutan sejak Mei kini memasuki tahap paling tegang sejak 2011. – The Malaysian Update

Sumber : Buletin Tv3

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik