Tuesday, December 09, 2025

Ketua Pengarah AKPS Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

July 26, 2025
1 min read
FOTO BERNAMA

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang baharu, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberikan amaran keras kepada pegawai Imigresen Malaysia berhubung isu rasuah, khususnya membabitkan aktiviti di sempadan negara.

Amaran tersebut dibuat susulan penahanan seorang pegawai imigresen pada Khamis lalu kerana terlibat dalam perbuatan counter setting atau lebih dikenali sebagai ‘tebuk pintu’.

Menerusi video yang tular di media sosial, Shuhaily dengan lantang menyuarakan kebimbangannya terhadap budaya rasuah dalam kalangan pegawai imigresen.

“Kau tahu, satu hari nanti kena dekat anak kau orang, baru kau orang tahu.

“Aku pernah tengok bapa datang menangis, emak datang menangis, sebab apa? Sebab kau orang (bagi) lepas.

“Dan aku doa, kalau kau orang buat macam tu (ambil rasuah), biar kena dekat kau orang.

“Itu yang hari-hari aku terima dalam konteks jenayah, jadi sekarang tanggungjawab aku masuk ke sini untuk tak nak bagi benda tu masuk,” ujar Shuhaily.

Terdahulu, pegawai terbabit ditahan bersama sejumlah wang tunai serta telefon bimbit, dipercayai berkaitan dengan kegiatan rasuah ketika bertugas di kaunter ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini