Friday, December 05, 2025

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas, Dikejarkan ke Hospital

July 26, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Seorang peserta wanita Himpunan Turun Anwar mengalami sesak nafas ketika menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka petang ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu disahkan mengalami masalah paras gula dalam darah yang rendah.

“Mangsa diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Difahamkan, insiden itu berlaku ketika puluhan ribu peserta sedang berhimpun di dataran berkenaan sejak jam 2.50 petang selepas berarak dari Masjid Negara.

Terdahulu, ratusan peserta Himpunan Turun Anwar yang dianjurkan oleh pihak pembangkang mula berkumpul seawal jam 7 pagi di sekitar Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Sebahagian besar peserta mengenakan pakaian serba hitam dengan cetakan ‘Turun Anwar’ serta memakai lilitan kain putih di kepala sebagai simbol solidariti dan tuntutan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan. – The Malaysian Update

Sumber : Kosmo!

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan