Sunday, October 26, 2025

Cuti Khas Semua MRSM Esok, Raikan Kejayaan MRSM Balik Pulau Juara Ragbi

July 27, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara akan diberi cuti khas esok (28 Julai) bagi meraikan kejayaan bersejarah MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di media sosial sebentar tadi.

Cougars Balik Pulau Ukir Sejarah

Pasukan Cougars Balik Pulau menjadi pasukan MRSM pertama merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan Victoria Institution (VI) dengan keputusan 14-13 dalam aksi final di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Kejayaan pasukan itu diserikan dengan aksi cemerlang Muhammad Firdaus Zolkifli dari MRSM Batu Pahat yang mencipta try dramatik dalam kedua-dua babak perlawanan.

Dua try itu kemudian disempurnakan menerusi tendangan conversion oleh Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhill dan Aqil Zikry Abdul Malek.

Tahniah MRSM Balik Pulau!

Satu pencapaian yang membanggakan institusi MRSM seluruh negara. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas