Thursday, September 11, 2025

Fahmi: “Anwar Masih PM, Nak Jatuhkan Bawa Usul Undi Tak Percaya”

July 27, 2025
1 min read
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil menyantuni lebih 2,300 orang ahli Komuniti MADANI seluruh semenanjung dalam Program Permukiman Komuniti MADANI Semenanjung 2025 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di Mini Stadium Bistari, Melaka. FOTO FB FAHMI FADZIL

AYER KEROH – Perhimpunan pembangkang yang dihadiri kira-kira 18,000 peserta di Kuala Lumpur semalam tidak menjejaskan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa perhimpunan jalanan bukan cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri, sebaliknya ia hanya boleh dilakukan melalui kaedah yang sah di Parlimen.

“Anwar Ibrahim masih lagi Perdana Menteri kerana kalau nak jatuhkan seorang Perdana Menteri, caranya paling mudah ialah bawa usul tidak percaya di Parlimen.

Perdana Menteri dah sebut dari awal, malah sebelum mula Sidang Parlimen pada 21 Julai lalu, bawalah usul undi tak percaya tu, (tetapi) sampai hari ini, selepas satu minggu, tak ada seorang pun yang berani bawa usul.

Mungkin tak cukup jumlah, sebab itu dia tak nak buat, dan cara kedua nak turunkan Perdana Menteri ialah melalui pilihan raya,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika sesi dialog Pemukiman Komuniti MADANI Semenanjung 2025 sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Stadium Mini Bistari, Ayer Keroh malam tadi.

Yang turut hadir

EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Ketua Pengarah Penerangan, Julina Johan.

“Jangan Ulang Langkah Sheraton” – Fahmi

Fahmi turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mengulangi episod Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh singkat.

Maklumat Kerajaan Sampai ke Akar Umbi Dalam 24 Jam

Beliau turut memaklumkan bahawa Komuniti MADANI di seluruh negara akan mula menerima penjelasan rasmi kerajaan dalam masa 24 jam selepas sesuatu pengumuman dibuat.

“Kita akan teliti kaedah terbaik untuk menyampaikan penjelasan kepada rakyat, termasuk perkara yang agak rumit.

Matlamat kita ialah memastikan Komuniti MADANI mampu difahami dan menyampaikan maklumat dengan jelas di peringkat komuniti masing-masing.” – The Malaysian Update

Sumber : Buletin Tv3

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes