Wednesday, December 10, 2025

Hampir 30 Jurugambar Jalanan Dikompaun Di KLCC, UUK 2016 Diguna

July 28, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Hampir 30 jurugambar jalanan dikenakan kompaun dalam operasi bersepadu oleh KL Strike Force di sekitar kawasan KLCC, malam tadi bagi menangani isu perkhidmatan fotografi tanpa lesen yang semakin berleluasa.

Operasi melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bermula sekitar jam 9 malam, dan turut disertai Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Menurut sumber, tindakan dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016, membabitkan kesalahan menawarkan perkhidmatan fotografi di tempat awam tanpa kebenaran, menggunakan telefon pintar.

“RM2,000 Mana Nak Bayar?” – Jurugambar Jalanan

Seorang jurugambar yang enggan dikenali berkata ini kali pertama mereka dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut.

“Ini kali pertama, tengok dekat surat ini (kompaun) tulis kena bayar RM2,000, mana nak bayar? Kalau hari-hari kena saman, botaklah kepala saya.”

“Kalau macam ini lepas ini jika selalu saman, saya kena cari kerja lainlah. Tapi mereka ada kata nak bagi kami lesen di sini, kita tunggu sajalah macam mana cara.”

Insiden Tular Hanya Salah Faham – Jurugambar

Mengulas insiden tular yang mendakwa sekumpulan jurugambar mengambil kesempatan terhadap pelancong asing, jurugambar muda berusia 20-an itu menyifatkannya sebagai salah faham.

“Ketika kejadian itu saya tiada di kawasan ini, tetapi apa yang saya dengar dari kawan-kawan, kejadian itu terjadi sebab salah faham antara mereka.”

“Tetapi benda pun sudah jadi, sekarang semua kena tanggung akibat. Orang kata ‘kerana nila setitik, habis semua kena’.”

Kekecohan Kecil, Operasi Terkawal

Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi memaklumkan operasi berjalan lancar, walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila seorang jurugambar enggan memberikan kerjasama.

Namun keadaan berjaya dikawal secara profesional oleh pihak berkuasa. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh