Friday, December 05, 2025

Mayat Kanak-Kanak Hilang Ditemui Tertanam di Rompin, Lelaki 36 Tahun Ditahan

July 28, 2025
1 min read

JEMPOL – Mayat dipercayai milik seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Johor Bahru minggu lalu telah ditemui tertimbun dalam belukar di Rompin, di sini pada petang Isnin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, maklumat penemuan diterima sekitar jam 4.30 petang oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

“Siasatan awal mendapati kejadian bermula di Johor Bahru melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Taman Bukit Indah pada 24 Julai lalu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Suspek Ditahan, Kes Disiasat Sebagai Bunuh

Beliau berkata penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun oleh Polis Kontinjen Johor membawa kepada penemuan mayat tersebut.

“Tindakan lanjut hasil tangkapan tersebut telah membawa kepada penemuan mayat mangsa yang disyaki telah dibunuh sebelum ditanam di kawasan Rompin, Jempol.”

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.”

Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat.

Identiti Mangsa: M Tishant, Hilang di Kopitiam

Terdahulu Sinar Harian melaporkan pihak Polis memohon bantuan orang awam untuk mengesan mangsa, dikenali sebagai M Tishant, yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah kopitiam di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan memaklumkan laporan kehilangan dibuat oleh bapanya kira-kira jam 2.15 pagi, 26 Julai.

Mangsa memiliki ketinggian 110 sentimeter, berat 19 kilogram, berkulit hitam manis, dan berhidung mancung.

Forensik Di Lokasi, Siasatan Diteruskan

Tinjauan wartawan mendapati pasukan forensik dan polis berada di lokasi penemuan mayat bagi menjalankan siasatan lanjut. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan