Wednesday, December 10, 2025

Restoran Guna Permit Isteri Diserbu, Warga Pakistan Meraung Ketika Ditahan

July 29, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Sebuah restoran milik lelaki warga Pakistan diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur selepas didapati beroperasi menggunakan permit milik isterinya dan menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu mengaku menjalankan operasi berkenaan semasa disoal siasat. Difahamkan, suspek telah menetap di Malaysia lebih 10 tahun dan berkahwin dengan wanita tempatan.

“Saya kena bayar RM70,000 untuk barang (restoran) ini semua. Saya cari rezeki halal untuk isteri dan anak-anak saya.
I want die, I am not a criminal,” katanya sambil menangis dan meraung ketika ditahan.

Barang Restoran Disita, 11 Warga Asing Ditahan

Memetik laporan Kosmo! dalam serbuan jam 11.30 malam semalam menerusi Op Selera, pihak berkuasa turut menyita barangan restoran termasuk kerusi, meja, dapur kabinet dan peralatan memasak untuk tindakan lanjut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 11 warga asing ditahan, terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita.

“Dua borang Imigresen 29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan sepanjang pemeriksaan,” katanya.

Operasi Bersepadu Teruskan Siasatan

Dalam operasi berasingan iaitu Op Kutip di sekitar Bukit Bintang, beberapa lagi warga asing disyaki pendatang tanpa izin (PATI) turut ditahan.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tiada dokumen sah), Seksyen 15(1)(c) akta sama (tinggal lebih masa) dan juga Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 (melanggar syarat pas). – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh