Tuesday, December 09, 2025

Tiga Termasuk Dua Pegawai Polis Direman Kes Rasuah RM110,000 – SPRM Siasat Perlindungan Sindiket Dadah & Ketum

July 29, 2025
1 min read

TEMERLOH – Dua pegawai polis termasuk seorang Ketua Bahagian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pahang dan seorang pesara polis direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah berjumlah RM110,000.

Majistret Tan Chiew King mengeluarkan perintah reman itu selepas mendengar permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Temerloh kira-kira jam 10 pagi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 30 hingga 50 tahun disyaki menerima rasuah sebagai balasan untuk melindungi serta tidak mengganggu aktiviti pengedaran dadah dan air ketum di daerah berkenaan, lapor Harian Metro.

“Suspek terdiri daripada pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP), seorang Inspektor dan seorang pesara berpangkat Sarjan Mejar. Mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Temerloh sekitar jam 8.30 malam semalam,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati salah seorang daripada mereka dipercayai menerima bayaran rasuah secara bulanan antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi tempoh 2022 hingga 2024. Wang berkenaan didakwa dimasukkan ke akaun suspek sebelum diagihkan kepada pegawai lain.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. Seorang lagi anggota polis turut dipanggil untuk memberi keterangan, namun dibebaskan dengan jaminan SPRM. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini