Friday, December 12, 2025

Dua Anggota Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah RM635,000 Elak Tindakan Kes Judi

July 30, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM635,000 daripada seorang individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian.

Perintah reman sehingga 5 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Izham Mohd Aliyas selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Ditahan Jam 2 Pagi

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 2 pagi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai bersubahat meminta dan menerima wang tunai sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu yang terlibat dalam kegiatan perjudian,” kata sumber berkenaan.

Siasatan di Bawah Akta SPRM

Penahanan itu turut disahkan oleh Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah, yang memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, iaitu berhubung permintaan atau penerimaan suapan oleh penjawat awam. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain — Majlis Penuh Syahdu di Rinjani Majestic

KUALA LUMPUR – Primadona filem alaf baharu, Erra Fazira, 51, menamatkan status

Tiada Prospek Kejayaan, AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan