Wednesday, December 10, 2025

Video Penunggang P-Hailing Sujud di Tepi Jalan Undang Sebak Netizen

July 30, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Sebuah video menyentuh hati memaparkan seorang penunggang p-hailing sujud di tepi jalan tular di media sosial selepas dikongsikan pengguna TikTok @Nurainzulaika1.

Sujud di Bawah Terik Matahari

Dalam rakaman berdurasi kurang 30 saat itu, lelaki berkenaan yang memakai jaket biru dilihat bersujud di atas jalan raya berhampiran motosikalnya yang diparkir di tepi.

Disangka Sedang Solat

Menurut keterangan video, tindakan itu menarik perhatian seorang individu yang sedang melalui kawasan tersebut dan menyangka lelaki berkenaan sedang menunaikan solat. Namun, setelah didekati, ternyata dia tidak sedang solat, sebaliknya berada dalam keadaan tertekan.

“Abang rider tu mungkin terlalu stres, sujud sebagai ikhtiar terakhir. Tengah santai jalan-jalan, ternampak dia sedang sujud. Ingatkan solat, rupanya bukan,” tulis pemilik video.

Dihampiri dan Diberi Bantuan

Difahamkan, lelaki yang memakai baju hitam dalam video itu menghampiri penunggang terbabit kerana bimbang akan keadaannya. Mereka dilihat berbual seketika sebelum dia menghulurkan bantuan wang tunai.

Netizen Tersentuh dan Simpati

Tindakan penunggang p-hailing itu yang bersujud di bawah terik matahari nyata menyentuh hati ramai, menggambarkan betapa beratnya ujian hidup yang mungkin sedang dilaluinya.

Walaupun punca tekanan itu tidak dinyatakan, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa simpati serta mendoakan agar lelaki berkenaan terus tabah mengharungi dugaan hidup. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik