Friday, December 05, 2025

Dua Lagi Polis Direman Kes Rasuah RM635,000

July 31, 2025
1 min read

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman dua lagi anggota polis selepas disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM635,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan perjudian.

Dan perintah reman selama enam hari sehingga 5 Ogos itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Chai Ing Hien, selepas permohonan dikemukakan SPRM pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 9 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

“Tangkapan ini adalah susulan daripada penahanan dua anggota polis semalam yang turut disiasat atas kesalahan sama melibatkan jumlah suapan bernilai kira-kira RM635,000. Dengan penahanan terbaharu ini, jumlah keseluruhan suspek yang telah ditahan meningkat kepada empat orang,” katanya seperti dilapor Buletin Tv3.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes sedang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan