Friday, December 05, 2025

Ibu Angkat Bayi Maut Di Cheras Positif Dadah

August 1, 2025
1 min read
Lokasi kejadian bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemukan maut. – Foto ihsan Polis.

KUALA LUMPUR – Wanita yang juga ibu angkat kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan yang maut selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, didapati positif dadah.

Ditahan Reman Bantu Siasatan

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, wanita berkenaan bersama suaminya kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut beliau, bayi tersebut ditemukan dalam keadaan kebiruan serta mempunyai kesan lebam pada badan.

Saringan Dadah Positif, Tiada Rekod Lampau

“Hasil ujian awal saringan air kencing terhadap suspek wanita menunjukkan positif dadah, namun semakan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Setakat ini, punca kematian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, memetik laporan Buletin TV3.

Orang Ramai Diminta Salur Maklumat

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Diserahkan Oleh Ibu Kandung

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pasangan berusia 38 dan 50 tahun itu merupakan ibu bapa angkat kepada bayi berkenaan.

Katanya, suspek mendakwa bayi tersebut diserahkan oleh ibu kandungnya sebelum wanita itu pulang ke Indonesia pada 18 Jun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan