Tuesday, December 09, 2025

Sepasang Kekasih Dicekup, 6,000 Biji Pil Yaba Dirampas

by
August 1, 2025
1 min read

KOTA BHARU – Sepasang kekasih diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah membabitkan rampasan 6,000 biji pil yaba dan 1.49 gram syabu dalam serbuan di Kampung Lawang, Tanah Merah, semalam.

Serbuan jam 8.30 malam oleh Batalion 7 PGA (PGA7) itu turut membawa kepada rampasan wang tunai RM400 dan sebuah kereta jenis Toyota Vios, dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM135,625.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek lelaki berusia 44 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki dipercayai mula menjual dadah secara pukal bermula awal tahun ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Turut ditahan, teman wanitanya berusia 35 tahun. Kesemua tangkapan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah bagi tindakan lanjut.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini