Friday, December 05, 2025

Tular Penduduk Letak Mangga ‘Cop Parking’ di Tebrau, Cetus Perdebatan Netizen

August 1, 2025
1 min read

JOHOR BAHRU – Sebuah video tular di media sosial mencetuskan perbincangan hangat apabila memaparkan tindakan penduduk di sebuah kawasan flat di Tebrau yang meletakkan kunci mangga pada petak tempat letak kereta, dipercayai sebagai tanda ‘cop parking’.

Rakaman tersebut dikongsi pengguna TikTok, Wani Anuar yang turut menyindir tindakan berkenaan dengan kapsyen berbunyi

“Normal macam ini kan? Pilih lah saya untuk cari rumah impian anda. InsyaaALLAH saya cadangkan unit tidak cop parking.”

Menurut pemerhatian, tindakan tersebut dipercayai bertujuan untuk menandakan ruang parkir agar tidak diambil oleh individu lain, terutama mereka yang bukan penduduk tetap kawasan berkenaan.

Penduduk Dakwa Elak Kenderaan Luar Ceroboh Ruang Parkir

Namun, di platform Facebook, sebilangan netizen mempertahankan tindakan itu, menyifatkannya sebagai langkah wajar bagi mengelakkan tempat parkir kediaman disalah guna oleh orang luar.

Isu ‘Cop Parking’ Cetus Perbincangan Urus Tadbir Kawasan Flat

Situasi berkenaan sekali gus menyerlahkan isu pengurusan parkir yang sering menghantui penduduk flat dan apartmen, terutama apabila ruang parkir yang disediakan adalah terhad dan tidak mencukupi.

Fenomena ‘cop parking’ ini turut membuka ruang perbincangan tentang keperluan pihak pengurusan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan sistem parkir yang lebih teratur serta adil, bagi memastikan keharmonian komuniti terpelihara. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan