Wednesday, December 10, 2025

Doktor Pelatih Alami Tekanan Melampau Akibat Buli, Hampir Tamatkan Riwayat

by
August 2, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Kumpulan Hartal Doktor Kontrak mendedahkan seorang doktor pelatih di sebuah hospital di Tawau, Sabah mengalami tekanan mental yang teruk sehingga hampir menamatkan riwayat hidup akibat dibuli secara berterusan di tempat kerja.

Menurut kumpulan itu menerusi kenyataan di Facebook, individu terbabit dikenali sebagai “Dr S” menjadi mangsa buli oleh senior yang sama secara berulang kali.

Alami kemurungan mendalam, terpaksa mengasingkan diri

“Layanan yang diterima begitu teruk sehingga beliau mengalami kemurungan mendalam dan mengasingkan diri di dalam bilik selama bertahun-tahun, sekali gus tidak mampu kembali bekerja dalam bidang perubatan,” kata mereka.

Manakala si pembuli pula dilaporkan telah “berhijrah ke luar negara dan kini mengikuti program latihan kepakaran”.

Kumpulan itu yang sejak tiga tahun lalu melancarkan kempen #StopWorkplaceBullying menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan lebih serius terhadap isu buli dalam sektor kesihatan awam.

Garis panduan baharu bakal dilancar Oktober ini

“Kami telah menyaksikan secara langsung kesan dahsyat buli di tempat kerja dalam sektor kesihatan awam.

“Oleh itu, kami menyokong sepenuhnya inisiatif Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang akan melancarkan Garis Panduan Pengurusan Buli di Klinik dan Hospital Kerajaan pada Oktober ini.

“Kami berharap buli dapat dihapuskan bukan sahaja dalam kementerian, malah di seluruh sektor di negara ini,” tegas mereka.

Dalam pada itu, Hartal Doktor Kontrak turut memohon maaf kepada Dr S, keluarganya serta semua mangsa buli lain.

“Kami, Hartal Doktor Kontrak, memohon maaf atas kegagalan kami menyokong anda lebih awal. Harap maafkan kami,” kata kenyataan itu. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik