Thursday, September 11, 2025

Pendakwa Perancis Mahu Achraf Hakimi Dibicarakan Atas Tuduhan Rogol

August 2, 2025
1 min read

PARIS – Pendakwa raya Perancis menggesa agar bintang Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi, dibicarakan di mahkamah jenayah atas tuduhan merogol seorang wanita muda pada 2023, lapor Le Monde.

Menurut pejabat pendakwa raya Nanterre, permintaan rasmi telah dikemukakan kepada hakim penyiasat untuk merujuk kes berkenaan ke peringkat perbicaraan jenayah.

“Kini terpulang kepada hakim penyiasat untuk membuat keputusan dalam kerangka perintahnya,” kata pejabat itu kepada Agence France-Presse (AFP).

Sekiranya didapati bersalah, Hakimi, 26, berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun mengikut undang-undang Perancis.

Didakwa 

Insiden didakwa berlaku pada 25 Februari 2023 di kediaman Hakimi di pinggir Paris, ketika isteri dan anak-anaknya berada di luar negara.

Mangsa, wanita berusia 24 tahun, mendakwa Hakimi membayarnya untuk datang ke rumah dengan menaiki teksi yang turut ditanggung oleh pemain itu. Mereka mula berkenalan menerusi Instagram sekitar Januari 2023.

Menurut sumber polis, mangsa mendakwa berlaku gangguan seksual tanpa persetujuan, malah sempat menghantar mesej kepada rakannya untuk meminta bantuan sebelum berjaya meninggalkan rumah tersebut.

Meskipun wanita itu enggan membuat aduan rasmi, pihak pendakwa tetap meneruskan siasatan dan memfailkan tuduhan terhadap Hakimi.

Pembelaan & Reaksi Peguam

Peguam wanita terbabit, Rachel-Flore Pardo, berkata anak guamnya menerima perkembangan terbaru itu “dengan rasa lega yang amat besar”.

Sebaliknya, peguam Hakimi, Fanny Colin, menyifatkan permintaan pendakwa raya untuk membawa kes ke mahkamah sebagai “tidak masuk akal dan tidak berasas berdasarkan fakta kes”.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak pembela akan menggunakan semua saluran rayuan sekiranya prosiding diteruskan. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes