Tuesday, December 09, 2025

Polis Cedera Ditetak Lelaki Mengamuk di Felda Bukit Kuantan

August 3, 2025
1 min read
FOTO Ihsan PDRM KUANTAN

KUANTAN – Seorang anggota polis cedera ditetak dalam insiden serangan oleh lelaki dipercayai tidak siuman di sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan, petang semalam.

Mangsa, Koperal Mohd Shafril Izzwan Ismail, 37, mengalami kecederaan di belakang badan, dagu dan jari tangan kiri akibat ditetak menggunakan sebilah parang, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika tiga anggota dari Balai Polis Panching tiba di lokasi selepas menerima laporan seorang lelaki mengamuk sambil memegang parang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota cuba mententeramkan suspek, namun lelaki itu bertindak agresif dan menyerang salah seorang anggota,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suspek Ditahan, Dirujuk ke Wad Psikiatri

Susulan insiden itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dikejarkan ke lokasi dan berjaya menahan suspek yang juga berusia 37 tahun.

Pihak polis turut merampas parang dan dua lagi senjata tajam yang digunakan dalam kejadian tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan juga tidak bekerja. Dia telah dirujuk ke Wad Psikiatri, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan kesihatan mental,” jelas Yahaya.

Mangsa pula telah dihantar ke HTAA untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini