Selepas 16 tahun, dua legenda bola sepak iaitu Amri Yahyah dan Edwin Van Der Sar akhirnya bertemu semula dalam satu acara khas di Johor Bahru baru-baru ini.
Imbau Aksi Bersejarah di Bukit Jalil
Pertemuan itu mengimbau detik bersejarah ketika Amri meledak dua gol menentang Manchester United dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2009, termasuk satu voli kaki kiri dari jarak jauh yang masih dikenang peminat hingga ke hari ini.
“One of the best goals I’ve ever seen!” kata Van Der Sar mengenang jaringan epik tersebut.
Dalam perlawanan itu, skuad Malaysia di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal tewas tipis 2-3 kepada gergasi England itu, namun aksi luar biasa Amri terus terpahat dalam sejarah bola sepak negara. – The Malaysian Update
