Wednesday, December 10, 2025

Datang Semula Ambil Selipar, Suspek Ceroboh Rumah Pempengaruh Dicekup

August 5, 2025
1 min read

BALIK PULAU – Seorang lelaki berusia 21 tahun yang disyaki menceroboh rumah pempengaruh media sosial dikenali sebagai Choii di Batu Maung di sini, direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman hingga 8 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Balik Pulau selepas permohonan dibuat oleh pihak polis.

Terdahulu, suspek yang memakai jersi berwarna hijau dilihat tenang ketika tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.12 pagi untuk prosiding reman, diiringi beberapa anggota polis.

Datang Balik Cari Selipar, Tuan Rumah Terus Tahan

Memetik laporan MalaysiaGazette, suspek dikatakan berpatah balik ke rumah tersebut untuk mengambil seliparnya sebelum berjaya diberkas oleh tuan rumah dengan bantuan beberapa rakan.

Media semalam melaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan tangkapan suspek.

Beliau memaklumkan siasatan mendapati suspek memasuki rumah berkenaan melalui pintu belakang ketika pembantu rumah keluar membuang sampah.

Ujian Dadah Positif, Ada Rekod Lampau

“Sebaik sahaja menyedari kehadiran penghuni rumah, suspek melarikan diri. Namun dia berpatah balik ke lokasi sama untuk mengambil barang yang tertinggal.

“Bagaimanapun, dia berjaya ditahan oleh pengadu dengan bantuan rakan-rakannya sebelum diserahkan kepada anggota polis MPV yang bertugas di Zon 3 Batu Maung,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Sazalee, hasil semakan lanjut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzodiazepine, selain mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh