HULU SELANGOR – Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian di Bukit Sentosa, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, laporan berhubung kejadian dibuat mangsa pada jam 3 petang, sebelum suspek berusia 21 tahun diberkas sekitar jam 11.45 malam hasil maklumat awam.
“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan keputusan ujian air kencingnya adalah negatif,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro, malam ini.
Reman Tiga Hari
Suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – The Malaysian Update
