Friday, December 05, 2025

Pelacuran di Kebun Kelapa: 6 Warga Bangladesh Ditahan Polis Simpang Pulai

August 8, 2025
1 min read

IPOH – Polis berjaya membongkar kegiatan pelacuran melibatkan sekumpulan warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan yang dijadikan sarang maksiat di kawasan kebun kelapa, Kampung Tualang Tujuh, Kampung Kepayang, Simpang Pulai pada Khamis.

Serbuan Malam di Kebun Kelapa

Serbuan kira-kira jam 7.30 malam itu membawa kepada penahanan dua wanita dan empat lelaki berusia 32 hingga 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, operasi dijalankan oleh anggota Balai Polis Simpang Pulai ketika rondaan cegah jenayah khas.

Barang Bukti Dirampas

“Mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran selain tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Turut dirampas ialah 16 keping kondom, minyak urut, tisu basah, wang tunai RM100 dan dua telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan