Tuesday, December 09, 2025

Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Semula Hari Ini

by
August 9, 2025
1 min read

KOTA KINABALU – Permohonan untuk menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, hari ini, kata peguam Hamid Ismail.

Zaraz

“Kami baru dimaklumkan sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke IPD Papar. Seterusnya, proses penggalian semula akan dilakukan di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Arahan Daripada AGC

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya kubur Allahyarham digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

AGC dalam kenyataan memaklumkan, terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, turut memaklumkan bahawa PDRM akan menggali semula kubur Allahyarham secepat mungkin. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini