Friday, December 05, 2025

Laungan Solidariti ‘Justice for Zara’ Bergema Di Sandakan

August 9, 2025
1 min read

SANDAKAN – Ribuan orang awam membanjiri perhimpunan solidariti bagi Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang berlangsung di sini, malam tadi.

Difahamkan, sebahagian peserta sudah mula berkumpul sejak awal petang sebelum suasana semakin sesak menjelang malam. Meskipun begitu, keadaan dilaporkan terkawal.

Tinjauan di media sosial mendapati laungan “Allahuakbar” dan “Justice for Zara” bergema di lokasi, sebagai tanda sokongan kepada pelajar Tingkatan Satu berusia 13 tahun itu.

Kronologi Kejadian

Terdahulu, Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai.

Mayat Perlu Digali Semula

Terdahulu BERNAMA melaporkan mayat Zara Qairina Mahathir perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu berkenaan, menurut Jabatan Peguam Negara (AGC).

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina.

“Jabatan ini berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

“Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah,” menurut kenyataan itu.

Siasatan Masih Berjalan

Menurut AGC, langkah itu bertujuan memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian pelajar berkenaan.

Isnin lepas, AGC memaklumkan pihaknya telah menerima laporan penuh siasatan awal berhubung kes itu pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan