Friday, December 05, 2025

Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

August 9, 2025
1 min read

SIPITANG – Mahkamah Majistret Sipitang hari ini mengeluarkan perintah untuk penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, bagi tujuan proses bedah siasat.

Pendengaran kes selama setengah jam itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar sekitar jam 2.30 petang.

Proses Bermula Petang Ini

Penggalian semula kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Ubi, Mesapol Lama, bermula kira-kira jam 5.30 petang. Ibu bapa arwah bersama peguam tiba di lokasi pada jam 5.24 petang sebelum pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan kerja, menurut laporan Harian Metro.

Pasukan forensik dilihat lengkap memakai sut perlindungan diri (PPE) berwarna putih semasa menjalankan proses berkenaan.

Tiada Bedah Siasat Sebelum Ini

Menurut sumber, penggalian dilakukan kerana tiada proses bedah siasat dijalankan ketika kematian arwah pada 16 Julai lalu.

Ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat turut hadir menyaksikan proses tersebut. Jenazah dijangka dibawa ke Hospital Sipitang sebaik penggalian selesai. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan

Anak Hadiahkan Kereta Baharu Buat Ibu Bapa, “Setiap Lelahmu Tak Mampu Kami Balas”

KUALA LUMPUR – Dalam hidup setiap anak, ada satu impian yang sering