BRASILIA – Sepasang kekasih di Brazil maut selepas kereta yang mereka naiki terjunam dari tebing setinggi 396 meter ketika sedang melakukan hubungan intim, lapor The Sun UK.
Insiden Selepas Hadiri Pesta
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi Isnin lalu di kejiranan Venda Nova do Imigrante. Mangsa dikenali sebagai Ribeiro, 42, dan teman lelakinya, Cardoso, 26, dipercayai melakukan hubungan intim di dalam kenderaan selepas menghadiri sebuah pesta.
Menurut siasatan awal, pergerakan pasangan itu menyebabkan kereta bergerak lalu terjunam ke bawah tebing sebelum mereka tercampak keluar dan melanggar batu.
Tiada Unsur Jenayah Dikesan
Mayat kedua-duanya ditemukan tanpa seurat benang berhampiran kereta yang remuk, sekitar jam 7 pagi oleh seorang penduduk tempatan.
Pegawai polis Alberto Roque Peres memaklumkan, tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian atau pada mayat mangsa, selain mengesahkan mereka tidak mempunyai rekod jenayah. – The Malaysian Update
