Friday, December 05, 2025

Bedah Siasat Jasad Zara Qairina Selesai, Dikebumi Semula di Sipitang

August 10, 2025
1 min read

KOTA KINABALU – Selepas lebih tujuh jam berada di bilik forensik, jasad Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, akhirnya dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE1) pada jam 9.20 malam tadi.

Van jenazah yang membawa jasad remaja itu diiringi kereta polis menuju Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang untuk dikebumikan semula.

Bedah Siasat Selesai 7.30 Malam

Menurut peguam keluarga, Shahlan Jufri, proses bedah siasat selesai kira-kira jam 7.30 malam, selepas bermula pada jam 11.40 pagi.

Dua Pakar Forensik Terlibat

Bedah siasat dijalankan oleh dua pakar forensik iaitu Pakar Patologi HQE1, Dr Jessie Hiu, dan Perunding Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun dengan dibantu dua lagi anggota forensik.

Rakan peguam Shahlan, Hamid Ismail, berkata proses itu turut disaksikan Shahlan, manakala ibu Zara, Noraidah Lamat, menunggu di luar bilik forensik sepanjang ia berlangsung. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan