Wednesday, December 10, 2025

Ibu Zara Menangis Ketika Pengecaman Jenazah, Peguam Nafi Dakwaan Tular

August 10, 2025
1 min read

KOTA KINABALU – Suasana sayu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) apabila Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata ketika proses pengecaman jenazah anak tunggalnya, Ahad.

Peguam yang mewakilinya, Hamid Ismail berkata, bedah siasat masih berjalan dan memerlukan masa yang panjang.

“Proses masih berlangsung, kita terpaksa bersabar. Kami tidak dibenarkan masuk, tetapi rakan peguam, Shahlan Jufri, berada di dalam. Ibunya sedih, namun dia tetap kuat,” katanya ketika ditemui.

Bukan Wanita Dalam Video Tular

Hamid turut menafikan beberapa dakwaan tular di media sosial, termasuk video seorang wanita menjerit yang dikaitkan dengan Noraidah.

“Itu bukan ibu Zara. Jangan sebar fitnah. Emosi beliau sekarang sangat tertekan, tolong faham,” ujarnya.

Kutipan Dana Guaman Adalah Palsu

Beliau juga menolak dakwaan kononnya pasukan guaman ada mengutip dana untuk kes berkenaan.

“Kami tidak pernah buat kutipan sumbangan. Kes ini pro bono. Jika ada pihak buka tabung kononnya untuk bayar guaman, itu semua palsu,” tegasnya. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik