Tuesday, December 09, 2025

Detik Cemas: Ibu Bersalin di Tepi Jalan Pasir Gudang, Disambut Orang Awam

August 12, 2025
1 min read

PASIR GUDANG – Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila terpaksa melahirkan bayi di tepi jalan berhampiran lampu isyarat Taman Bukit Dahlia, di sini, selepas tidak mampu menahan kesakitan.

Disangka Kemalangan, Rupanya Bersalin

Kejadian yang dipercayai berlaku dalam keadaan hujan renyai itu pada mulanya disangka kemalangan jalan raya oleh orang awam yang berada di lokasi.

Namun, rupa-rupanya wanita berkenaan yang menunggang motosikal bersama pasangannya terpaksa berhenti di bahu jalan kerana sudah tiba waktu bersalin.

Orang Ramai Tampil Bantu

Menurut perkongsian video pengguna TikTok @umisyarifahshop, beberapa wanita termasuk seorang kakak berbangsa India segera membantu proses kelahiran tersebut.

“Nasib baik ada kakak ini dan beberapa lagi kakak lain yang membantu… kebetulan masa tu hujan renyai,” tulisnya dalam hantaran video tersebut.

Bayi tersebut dilahirkan dengan selamat, manakala orang ramai yang membantu menganggap momen itu sebagai pengalaman berharga, malah berseloroh sudah boleh dianggap ‘ibu angkat’ kepada bayi berkenaan. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini