Tuesday, December 09, 2025

Nyaris Maut, Wanita Cedera Ditimpa Jubin Granit Dari Tapak Projek di Bukit Damansara

August 15, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan insiden seorang wanita cedera selepas kepingan jubin granit dari tapak pembinaan kondominium The Cedar, Bukit Damansara, terjatuh menimpa rumahnya, petang semalam.

Menurut DBKL, kejadian berlaku sekitar jam 5.55 petang apabila beberapa keping jubin berukuran besar yang sedang diangkat menggunakan ‘tower crane’ berlanggar dengan penghadang di aras tiga, lalu jatuh ke pelantar perangkap sebelum terpelanting ke arah kediaman mangsa.

Tindakan Segera DBKL

“Insiden itu mengakibatkan kerosakan pada bumbung rumah dan mencederakan penghuni,” katanya dalam kenyataan.

DBKL memaklumkan pihaknya telah membantu membersihkan sisa serta membaiki kerosakan, selain mengeluarkan Notis Berhenti Kerja (Stop Work Order) di bawah Seksyen 87 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) pada jam 11 pagi hari ini.

Arahan itu berkuat kuasa sehingga kontraktor menyiapkan pembaikan rumah mangsa dengan persetujuan pemilik, menanggung kos rawatan perubatan, dan menambah baik pelantar perangkap di sempadan projek.

Maklumat Projek The Cedar

Projek pembinaan pangsapuri mewah setinggi tujuh tingkat itu telah diluluskan pada 28 April 2021 dan kini mencapai kemajuan 75 hingga 80 peratus.

DBKL menegaskan keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi prosedur keselamatan.

Perkongsian Mangsa di TikTok

Terdahulu, seorang wanita berkongsi di TikTok @nadiahraha bahawa dia dan keluarganya nyaris maut selepas jubin terjatuh menimpa rumahnya, menyebabkan bumbung rosak dan dia mengalami kecederaan di bahagian hidung. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini