Wednesday, December 10, 2025

Polis Siasat Akaun TikTok Sebar Maklumat Tidak Sahih Kes Kematian Zara Qairina

August 16, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Polis sedang menyiasat satu akaun media sosial TikTok yang disyaki memuat naik kandungan tidak tepat dan tidak sahih berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir, sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia melibatkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian serta kandungan yang mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak, selain boleh menyebabkan kegusaran dan kegentaran awam.

“Penyebaran maklumat tidak sahih juga boleh menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai menghentikan tindakan menyebarkan maklumat tidak sahih kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital, setelah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Sumber : BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh