Thursday, September 11, 2025

Pelajar Kolej Ditemui Tergantung Disahkan Dibunuh

August 17, 2025
1 min read

SUBANG JAYA – Seorang pelajar kolej wanita yang ditemui tergantung pada kipas di kediamannya di USJ 2/1, Khamis lalu, disahkan mati dibunuh selepas hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat dicekik.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pemeriksaan pakar patologi Hospital Serdang mengesahkan punca kematian adalah pendarahan di sekitar tulang leher (hyoid bone) akibat ‘manual strangulation’ (cekik).

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Panggilan Bapa Mangsa

Menurut Wan Azlan, pihak polis menerima panggilan pada jam 11.55 pagi daripada bapa mangsa yang menemui anak perempuannya dalam keadaan tergantung pada kipas di ruang tamu tingkat dua rumah terbabit.

“Pembantu perubatan yang ke lokasi kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Siasatan Lanjut

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian dan mengesan suspek terlibat.

Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi di media sosial dan meminta mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 03-278627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau ASP Zainol Aazizi Abu Bakar di 013-3227632. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes