Tuesday, December 09, 2025

“Abah Dulu Sering Senyum, Kini Senyuman Itu Semakin Pudar” – Kisah Anak Kongsi Derita Hidup Bersama Bapa

August 18, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Kisah seorang pengguna TikTok, @inurnajatul94, meraih perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati tentang kehidupan keluarganya yang diuji dengan beban hutang akibat pinjaman ah long dan kesusahan yang ditanggung bapanya.

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, dia meluahkan perasaan ketika melihat wajah bapanya yang suatu ketika dahulu sentiasa tersenyum, namun kini senyuman itu semakin pudar kerana ujian hidup yang menimpa.

“Niat nak rekod orang ambil besi, tapi seronok tengok abah senyum macam tu. Aku tahu ujian yang abah alami masa tu, tapi abah tetap senyum. Tapi sekarang senyuman dia dah mula pudar,” tulisnya.

Lebih menyayat hati, dia turut memohon maaf kepada bapanya kerana belum mampu memberikan kesenangan.

Dugaan Hutang & Bankrap

Menurutnya, ibu mereka pernah membuat pinjaman ah long sehingga menyebabkan bapa terpaksa menanggung akibatnya, termasuk terjerat dengan bankrap selepas dipaksa membeli sebuah rumah yang akhirnya dilelong kerana gagal dibayar.

Bapanya kini cuba mencari pendapatan sampingan dengan menghasilkan komik dan berharap ia dapat dikongsi di TikTok. Malah, sumbangan seikhlas hati turut dialu-alukan menerusi akaun bank anaknya kerana bapanya tidak mempunyai akaun sendiri akibat status bankrap.

“QR akan letak akaun bank saya sebab abah tak ada kad bank. Dia dah bankrupsi sebab ibu pernah paksa dia beli rumah. Lepas tu tak boleh bayar, last-last abah kena bankrap dan rumah tu kena lelong,” jelasnya.

Followers Tersentuh, Tawar Hulur Bantuan

Luahan tersebut mendapat perhatian ramai netizen. Seorang pengikut TikTok menulis:
“Akak tak nak letak QR ke? Boleh kami tolong sikit-sikit sorang… sayu hati tengok muka ayah akak. Rindu plak ayah saya kat kampung.”

Ramai yang menyuarakan rasa simpati dan berharap dapat meringankan sedikit beban keluarga ini.

Adik-Adik Hilang Keceriaan

Dalam perkongsian lain, wanita itu mendedahkan perubahan adik-adiknya yang kini tidak lagi ceria seperti dahulu.

“Semua adik-adik aku bukan adik aku yang dulu… yang dulu happy go lucky, yang dulu sentiasa bergurau. Tapi sekarang mereka dah jadi aku 20 tahun yang dulu, yang dah tak rasa apa-apa,” tulisnya lagi.

Kisah ini bukan sekadar meruntun jiwa, tetapi juga menggambarkan realiti pahit yang dihadapi sesetengah keluarga apabila berdepan dengan beban hutang, terutama melibatkan pinjaman tidak sah. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini