Thursday, September 11, 2025

Lima Individu Didakwa Kes Buli Zara Qairina Rabu Ini

August 18, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Lima individu bawah umur dijangka didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu ini berhubung kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Disahkan Peguam Negara

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan perkara itu selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti kertas siasatan yang dirujuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Seramai lima orang yang akan dituduh dan mereka berusia di bawah 18 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini lapor Harian Metro.

AGC dalam kenyataan turut menegaskan, walaupun keputusan menuduh suspek dibuat, ia tidak menjejaskan siasatan berhubung kematian Zara Qairina termasuk prosiding inkues yang bakal dijalankan di mahkamah.

Siasatan Fokus Buli, Pengabaian & Gangguan Seksual

Terdahulu, PDRM menyerahkan kertas siasatan kepada AGC selepas mengambil keterangan 195 saksi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini memaklumkan siasatan menjurus kepada tiga elemen utama iaitu buli, pengabaian dan gangguan seksual. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes